Thursday, June 11, 2009

catatan simple

apa cer gua sekarang?,gua lain?xde la..gua relax lagi...owhh,asal gua xslalu on9?gua malas la nak jawab..asal gua xupdate blog gua ngan blog lg satu? bkn ape,gua xde rase nak tulis lah..blog yang lagi satu,gua cam lost sebentar. lain la kalau lu nak masuk ISA ngan gua.haha.Projek? apa projek, duit sudah kena telan sama kapitalis...mood nak ade amoi pon ilang,mood nak tulis pon tade..mood nak ankat call pun tade..mood nak abeskan bace "Saya pun melayu" pon dah layu..

tibe2 gua perasaan keghairahan hidup gua yang dulu sangat lah berahi..dah xjumpe...keberahian 2 tertinggal kat mane?pada siapa? tersorok kat mane ghairahnye hidup gua...adakah gua hanya ghairah pada maksiat,atau pada yang tersirat...

aduh,ghairahkanla..berahikanla...
jangan EL-NINo kan hidup gua.
jangan tsunamikan berahi akal gua.

p/s:woi,lu orang jangan la open burning..gersang dah nih..mane gua nak buat pembenihan awan kat hidup gua nih?

Saturday, June 6, 2009

Ini untuk Itu

Penceritaan perjalanan itu ada disini,ada pada lagu ini.Terasa amat panjang untuk dituliskan.

Di Jalan Sesat-M. Nasir
.
Apakah takdir mimpi ini
Mendatang berulang kali
Berdarah penuh di tanah
Sedang tangan menungkat langit
.
Apakah yang ku perjuangkan
Apakah yang dipertahan
Apakah aku mesti jadi pahlawan
.
Oh Tuhan
Tidaklah aku layak
Untuk SyurgaMu
Namun aku tak berdaya
Menahan panas NerakaMu
.
Curiga di mata orang
Bagai mentari rembang
Bagaikan aku berdosa
Pada siapa saja
.
Sedang Tuhan di mana-mana
Melihat semua dosa
Dalam serata usia
.
Walau ditelan Segitiga Bermuda
Selalu ku mengulangi
Dosa yang telah ku buang
Diikuti kembali
.
Mengapa begini
Mengapa begini
.
Sedang Tuhan tahu sesiapa
Untuk Neraka untuk Syurga
Aku tak terpaksa memilih Syurga
Demi pengertian pada hukum alam
Dan sesungguhnya aku cinta padaMu Tuhan
Walaupun sesat jalan.

Kepada Thinkaholic

Saudara thinkaholic,

Tulisan adalah inspirasi dari lakaran sebuah lukisan tentang kehidupan.

Teruskan menulis untuk kepuasan.

Salam

Friday, June 5, 2009

Satu...1...One

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Kemampuan dalam membuat keputusan yang terbaik dalam hampir apa sahaja yang datang dalam perjalanan hidup ini..

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah tidak dilupakan.

Kehidupan yang sempurna bukan semata-mata melupakan kegagalan, kekecewaan dan kepahitan masa silam.

Kelahiran tiba setelah perginya kematian...
Bayi kecil itu menangis semasa dilahirkan, namun tangisan itu disambut dengan senyuman oleh insan2 yang berada disekelilingnya.

Menghidupkan sebuah kehidupan sementara, untuk sebuah kehidupan yang kekal selamanya.
ada suara berbicara."teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti.anda akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula akan menangis."

Namun aku mengharapkan sekiranya tiba masa aku...

simpankanlah air mata mu,hulurkan senyuman indah itu di pusara aku.
supaya air mata itu turun tatkala tangisan bayi kecil itu kedengaran.

Aku lahir kerana tuhan ku,aku hidup kerana tuhan ku,aku mati kerana tuhan ku.
bersyukurlah atas setiap pemergian dengan hati yang rela.