Saturday, January 30, 2010

Jutaan Perasaan

Mual,pitam terasa ingin dimuntahkan jutaan rasa,tetapi akal waras masih mampu mengawal suasana. Mujurlah saya masih "sapience" lagi untuk membuat keputusan. Mempersoalkan mana hilangnya tarian-tarian sebelum ini,dahulu hebat menari tapi sekarang hanya mampu "menari ijok" sahaja.

Senyuman ini terus menerus walaupun tiada yang benar-benar mengerti,mempersetujui persepsi sekitar sambil terbahak-bahak berguling-guling membuat intrepetasi songsang terhadap kelurusan jantina saya. Hak si dia,saya akuinya,agak seronok kerana dapat mengetahui beberapa perkara mengenai diri yang dilihat dari sekitar yang berbeda. Mungkin mereka terlupa "Looks may deceive", berambut panjang dan parut ditangan tidak lah semestinya mat rempit. Botak dan gemuk tentulah bukan samseng,saya hanya bersyukur kerana muka adalah anugerah.Saya tidak bisa memarahi mereka,sekurang-kurangya saya ketahui bahagian yang saya tidak nampak sebelum ini.terima kasih.

Kalau dahulu saya mendayung songsang menjauhi kulprit-kulprit,saya mengambil aksi untuk sejenak melihat apakah saya harus terus berdayungan atau harus di cipta satu ciptaan bersama para-para bijaksana untuk mengunakkan enjin. kerana dayungan kelihatan rugi untuk tiba ke destinasi asal, bersama yang ramai...

jutaan perasaan

Thursday, January 14, 2010

Tunjuk sebab

Assalamualaikum

Ada beberapa perkara yang ingin saya bicarakan perihal aktivitas yang sedang saya lakukan.Syukur kehadrat illahi kerana telah dikurniakan peluang sekali lagi untuk menyambung pelajaran,untuk makluman saya kini berada di semester 1 tahun 1 di UUM. Ada yang bertanyakan kenapa saya tidak memberitahu tentang perkara ini.
Alasan pertama:
Adalah merupakan norma masyarakat pada zaman ini untuk melanjutkan pelajaran di Universiti
Alasan kedua:
Bagi mengelakkan daripada dikatakan oleh sesetengah manusia yang mengatakan saya poyo dan belagak.
Alasan ketiga:
Umum sedia maklum dengan kadar penganguran pelajar IPTA yang semakin meningkat di negara ini.

Huraian lanjut tentang perkara diatas tidak perlu dipersoal kerana saya yang menulisnya.kahkahkah.

Alasan masuk:belajar
Sambung belajar
Alasan masuk:
Jauh dan seorang diri

antara BAHAN2 yang diterima:
belajar dalam hutan kalau bosan pergi main dengan berok.
tempat kau ada zirafah tak? mesti best bangun2 nampak zirafah
hang belajar ka jadi bapak ayam kat danok
kau on9 pakai berokbeng ker,mesti signal okay kan sebab berok banyak kat sane.
kem salam kat abishit@abisit
-yang lain-lain terpaksa disimpan di arkib minda atas alasan tertentu.
-mungkin agak kurang untuk meletakan entri2 selepas ini kerana banyak perkara yang harus diuruskan

harapan
Agar terus berusaha dan tidak leka.Berharap agar dipermudahkan segala urusan dan memohon kejayaan dari Tuhan Yang Maha Esa.

wasalam

Saturday, December 19, 2009

AKu

AKu

Aku hanya menulis,
Dan melalui setiap baris kata terwujudlah sebuah lukisan perihal kehidupan...
antara yang hak dan yang batil,antara keinginan dan kehendak.

Aku yang melukis,
Setiap garis-garis itu disambungkan lantas aku warnakan...
antara yang bengkok atau yang lurus,antara yang abstrak dan yang berwajah.

Aku yang mewarnakan,
Untuk mencantikkan sebuah lukisan sebagai perhiasan berharga...
antara yang terang dan yang malap,antara yang sesuai dan perlu disesuaikan.

Aku yang menghiasi,
Samada dikiri atau dikanan,ke atas atau kebawah...
antara yang menarik dan yang menjengkelkan.

Aku yang menentukan! Aku!,
Tiada sesiapa yang bisa selain diriku
Tiada sesiapa yang mengubah apa yang telah aku TULIS,LUKIS,WARNA dan HIASKAN selain aku, dengan kehendak dan izin dari-NYA.

mike-L