Tuesday, February 10, 2009

Gencatan Mikel

Satu resolusi telah dipersetujui pada 19/01/2009/ bersamaan 22 muharam 1430 hijrah/ tahun tikus mengikut lunar calendar.Satu persidangan antara ahli-ahli Majlis Tertinggi sebuah pertubuhan sedang hendak berdaftar (masih haram) yang dipengerusikan oleh mereka yang menduduki kerusi telah diadakan di Club House pada jam 12.00 mlm waktu Malaysia, mencadangkan kepada ahli2 MT untuk melakukan GENCATAN MIKEL serta merta, kerana mempertimbangkan langkah2 keselamatan,faktor2 persekitaran yang kurang kondusif pada ketika itu. setelah melakukan proses demokrasi ber"mikel"-an, ahli2 MT telah menilai dgn minda yang separa sedar dan hampir sedar telah mempersetujui cadangan terbabit.Lalu mengishtiharkan Gencatan Mikel yang tertakluk sepenuhnya kepada ahli2 yang bernaung di atas tiket nya.

Namun yang demikian, sejajar dengan gencatan senjata di Gaza yang seringkali tidak dituruti oleh sesetengah pihak, arus berkenaan turut melanda dalam pertubuhan terbabit, dimana ada diantara anggotanya yang telah melanggar Syarat2 yang telah dipersetujui di bawah Akta Mikel 21/9 dimana boleh menyebabkan mereka yang melanggar peraturan terbabit dikenakan tindakan tatatertib (dimana hukuman terbabit adalah sulit dan hanya diketahui oleh para ahli shj). walau bagaimana pun hukuman terbabit tidak dijalankan kerana kesemua ahli2 yang bernaung didalamnya termasuk pengerusi serta ahli2 MT turut sertone. Yang mana mengikut Akta Mikel Tstne 18/64a dimana sekiranya kesemua anggota2 melanggar syarat2 yang dipersetujui, tiada sebarang hukuman layak dikenakan atas faktor terlupa.

Hatta, satu suruhanjaya diMikel telah di ujudkan pada 23/01/09 untuk mencari dimana loop-hole yang menyebabkan resolusi berkenaan gagal. Sekiranya ada yang didapati bersalah akan dikmasukkan kedalam Akta-Hasutan Mikel 23/09 yang jika disabitkan kesalahan hendaklah memohon maaf kepada ahli2 institusi terbabit.

Kini, mereka turut membahaskan mengapa perlunya Gencatan Mikel itu diteruskan, terpetik kata2 salah seorang daripada mereka Yang Terpaling Hormat berkata"saya rasa ianya perlu bagi memastikan kesegaran didalam minda2 pertubuhan ini berlaku, disamping ianya akan memberi kesan yang positif terhadap ahli amnya serta masyarakat serta kerajaan umumnya.
Beliau yang ditemui sejurus selepas berucap didalam tukartiub serta melawat tapak semaian "lintah abe low are-dark" turut menggalakan Mikel's untuk memperkembangkan ekonomi mereka melalu ILS di sini beberapa minggu yang lepas.

Gencatan Mikel sedang dikaji semula oleh para2 Ilmuwan Mikel.keputusan akan dimaklumkan kemudian.

ditulis oleh,
Saya yang menurut nafsu


ILS= Industri Lintah Sederhana
sertone=turut serta melanggar resolusi
MT= Majlis Tertinggi

Gaza=sebuah kota di Palestine
bermikel-an=lebey kurang perlembagaan