Tuesday, September 10, 2013
Nokhtah
Terlalu banyak hati dah dilukakan.
Sedar
Sedar
Kerana mulut badan binasa, kerana jujur aku dibahasa.
Sedar-sedarlah
Berapa banyak jiwa hati selama ni dah dilukakan, semua kerana pemikiran sampah itu.
Sabar, dalam dunia penuh dengan tipu helah, kenapa perlu aku terus jujur dalam bicara.
Terima kasih kerana bawa aku ke dunia terang, dan kini aku cuma perlu pastikan agar aku bukan aku yang dulu lagi.
.................................................
Berhenti dari memikirkan perkara tidak pasti, sedangkan bicara aku untuk mendapat kepastian.Apa kurang percayakah kau pada jiwa ini, aku jiwa yang berjalan sentiasa atas tapak kaki ku.
Tiada sedikit sedih pilu, cuma bengis yang tinggal. Ya aku org masanya hadapan, dan jasadku akan tetap kedepan. Tiada siapa yang mainkan diri ini melainkan aku.Tiada daya untuk bicara soal kata yang dipenuhi, saksinya tuhan juga yang maha miliki.
Semakin cuba aku jauhi perangai lama, semakin kuat dia datang menyapa.Sudah penat bicaranya, sudah letih bibirnya, sudah keras hatinya.Sentiasa aku ada untuk menyelimuti kesejukan malam dan kesedihan hati.
Abaikan pintanya, walau langkahnya itu bicara ku dahulu.tidak ada kekesalan mengajarmu cara berdiri walau aku xpasti apakah kau sama seperti mereka yang telah melewati ku dengan ucapan terima kasih.Masih aku percaya kau pasti ku bantu untuk berjaya dan tak akan aku biarkan kau melara.Sama seperti semua hati yang telah aku rosak punahkan, satu hari kalau kau terbaca perkara ini, terima kasih kerana berdiri dan senyum jangan menangis lagi.
Tidak pernah aku ragukan setia kau, cuma katakata aku yang jujur sentiasa menguriskan hati.Katakata logika itu memang hanya fakta dan tidak punya perasaan. Jadilah sentiasa insan yang lebih baik, itu doaku setiap hari, mungkin itu cara kau untuk jadi yang lebih baik.
Kau sicantik, manja, penyayang tidak pernah aku lihat orang semacam kau mampu bertahan dengan aku, insan yang xtau mensyukuri nikmat kehadiran kau selama ini. Tidak pernah sanggup aku menarik kau dari mencapai sesuatu inginmu yang baik, malah tetap akanku terus mengangkatmu walau kau tak sedari.
..........