Friday, May 22, 2009

Life,Liberty and The Pursuit of Happiness

Terima Kasih.

Entri berkenaan Life,Liberty and The Pursuit of Happiness.
Hajat untuk migrate ke tempat yang mane boleh memberikan peluang pekerjaan kerana aku sudah bosan diprotes supaya aku bekerja.

kemanakah? perjalanan awal ke seremban dahulu..kemudian mungkin ke penang dan langkawi..kerja ape masih xtentu lagi.

Tulisan ketika di Indera Mahkota aku simpan dahulu.

Aku nak mengharungi perjalanan tanpa intenet semate-mate...setelah hampir setiap hari aku coretkan karya2 emansipasi. aku ingin membantu sesiapa yang memerlukan bantuan..ya..AKTIVIS..Civic Virtue..itu yang aku harap dapat lakukan.aktiviti2 yang seiring dengan arus minda ku yang dikatakan menongkah arus ini akan ku garap sebagai pengalaman2 yang beharga supaya menjadi insan lebih berguna. Cuba duduk dengan sesiapa sahaja, ahli2 surau,mat rempit,brado2,penyokong kapitalis dan sosialis..semuanya kalau boleh.. cuba membentuk minda remaja supaya tidak terpedaya dengan pemodal kapitalis dengan cara yang lebih bagus dan tidak dayus.

Aku harapkan apa yang aku lakukan ini tidak sia-sia. Aku ingin tahu apekah benar masalah seperti yang diutarakan orang..atau..mereka hanya sekadar menyusun kata-kata yang mereka sendiri tidak mengerti.Aku tolak ketepi seketika ide-ide yang mengatakan pengalaman tidak penting kerana ianya boleh dibaca oleh penulisan doktor2..mmmm..ambil contoh mat rempit la,sape yang cakap isu mat rempit kau dengar tu.Die merempit ke dulu?.BullShit laa..

Akan ku dekati segala ideologi2 yang berpeleseran disekitar aku.Mungkin untuk mengetahui dengan dalam sebelum menyusun kata-kata yang indah semata.Walaupun krisis ekonomi telah lebih dulu menegur aku dan keluarga ku sebelum Malaysia,aku harap ia bukan penghalang. Kalau dulu ia menghalang aku dari memandu kereta kesana-kemari sebab takde duit nak isi minyak,takpe kemudahan lain banyak.

Ape best ke aktiviti2 yang diberi kat belia nih..gua nak gak try..Ape jadi kat Palestin? Ape lagu kat club dan party? Sape Tok Imam dan penghulu kampung, awek mane yang senang angkut,janda mane yang berhias..Apa yang dipolemikan? ahhh,semua aku nak try tau la.. yer aku percayakan CIVIC VIRTUE..

Tukartiub dan blog-blog lain,sorry xdapat nak bace..tapi aku pasti karya anda semua hebat dan kewl. Bukan lagi blog2 dan social network yang menemani aku namun mungkin hantu dirumah nenek aku.haha..Aku sebenarnye takde banyak plan sebab tersangkut pasal duit..tapi all the best for me..

Mencari apa yang bisa menghidupkan hidupku sepenuhnya.


Sesiapa yang ade aktiviti2 kemanusian atau ape-ape agenda yang bernas silalah bgtau saya.Yelah hidup takde intenet nih macam katak bawah tempurung.Tepek je kat entry nih..

Terima Kasih.

Selamat Datang Malaysia Republik...

Life,Liberty,and The Pursuit of Happiness..

Sayonara Seketika..adios amigos..Hasta Pronto...

Mimpi Yang Singgah

tersedak dengan udara malam,mate terpejam dibuka luas menganalisis data yang menerjah ke jaringan2 neuron...kenapa wajah dia muncul kembali di alam mimpiku?mimpi yang xpernah aku terpanggil akan kewujudannya lagi. Kenapa dengan si dia?...

terlancap akalku sebentar memikirkan ape yang pernah dilalui bersama...

Hanya dua gadis yang pernah mengirimkan surat kepada ku.

surat pertama,dikirimkan oleh seorang kawan di zaman sekolah rendah..mengajak ku bercinta,sedang aku berpacaran dengan rakan baiknya..dan rakan aku pula sangatlah menginginkanya..haha

Surat kedua, ia dikirimkan oleh seorang yang pernah menjadi insan yang kusayang amat satu ketika dulu. Di hari keahiran aku yang ke 17, aku di ipoh dan dia di seremban. Tak pernah nye aku dapat kad besday dari kawan mahupun sesiapa dari dulu sampai sekarang... Tiada dalam pengetahuan aku akan kad hari lahir dari dia,tapi dari gaya penulisan, aku pasti tiada si kidal yang bertulisan cantik ingin menulis kepada ku melainkan dia.

Kad penuh dengan love dan wangi ditulis
"Selamat Hari Jadi yang ke-17 Bee"...

Diatas itu ada terlekat sebuah love yang dibuat oleh dia mengginakan RM 10.???? aku tertanyakan kenape dengan note RM10 ini..adakah cinta kami hanya bernilai RM10.kahkahkah...

aKu keluarkan surat dalam envelope itu..tulisan yang menarik yang penuh dengan kata2 menghargai dan harapan tentang hubungan itu.

Kata2 itu ku biarkan sebagai kata2, namun aku amat menghargai surat itu kerana itulah surat cinta pertamaku..Dan juga surat dari orang yang mengenaliku.

Kini, surat yang aku terima adalah dari entiti2 yang meminta duit dari aku.
Mungkin kerana teknologi aku terkadang merindui ape yang dulunya menjadi kegilaan oleh mereka yang sejajar umurnya dengan ibu -bapa ku, untuk memadu kasih dan rindu.

aku bersyukur kerana aku sering meninggalkan "orang" dengan kekuatan yang mereka bina atas kehendak sendiri..

tiada ku pikirkan waima hal cinta kami dahulu, langsung.
bahkan apa2 tentang cinta kerana
pelangi cintaku sudah tidak lagi terlakar..tiada yang berani, sabar, dan menarik untuk melakar,melukis dan mewarnai hati ini.