Semuanya bermula pada suatu malam, bila aku didekati seorang sahabat pada hari lahirku. Hujan lebat membuat kami terpaksa berteduh di tempat yang mengulit seribu kenangan. Di luar kediaman dimana segala cerita tentang kami bermula. Walau sejauh mana kita berjalan kedepan menempuh dunia, sejarah tetap akan mengekori kita sejauh mana kita pergi.
.............................................
Tengah hari selepas selesai azan zohor, ahmad melihat terdapat dua 'miss call' satu daripada siti, wanita yang mempunyai hubungan istimewa dengannya dan juga satu lagi dari kamarul, sahabat yang telah agak lama menghilangkan diri di sebuah bandar utama. Tidak pelik bagi ahmad kerana harini merupakan hari persandingan rakan sebaya mereka. Ahmad meneruskan bersiap untuk menghadiri majlis itu, walau dalam hatinya sedang terfikir bagaimana mahu dia menelefon siti kembali. Lega fikirannya apabila siti menelefon kembali, ahmad telah sekian lama menantikan khabar dari siti. Keinginan ahmad untuk berjumpa siti terbatas kerana siti baru sahaja memulakan kerjayanya. Dia mengharapkan agar siti berkeinginan untuk menghadiri majlis sahabatnya pada esok hari, namun apakan daya ahmad sedang menghadapi masalah keewangan yang berada pada tahap kritikal, namun siti masih lagi tidak menyatakan kata putusnya.
Dia senyum untuk menahan kekecewaan dan mengingatkan dirinya bahawa ini adalah ujian baginya untuk menjadi yang lebih baik. Siti telah banyak kali dikecewakan dan makan hati akibat kata-kata ahmad yang terlalu tajam melukai hati wanita cantik dan manja itu. Ahmad mencapai kunci kereta dan terus menyelusuri ke majlis rakannya. Ahmad terpaksa akur dengan apa yang akan terjadi dalam hubunganya, masa dan ruang sangat diperlukan dengan pandangan bahawa peluang masih ada untuk memenangi hati siti yang seringkali
Dalam perjalanan ke sana hatinya tersentak, Kalau dahulu sebelum apa-apa majlis dirumah ahmad lah menjadi tempat perkumpulan, tapi setelah usia berganjak dia pergi berseorangan dengan jangkaan akan berjumpa dengan sahabat yang lain disana. Masa berlalu pantas, dia tiba disana dan berjumpa rakan lama ketika remaja. Gelak dan tawa memeriahkan majlis itu, benji kawan nakal dia ketika remaja telah menemui pasangan hidup dan sangat secocok bersama. Selesai majlis ahmad singgah dirumah sahabatnya Nizar, dia merupakan seorang yang mempunyai kemampuan untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya, mereka berbicara soal perniagaan dan masa depan. Perniagaan yang baru diceburi oleh nizar kali ini berbeza dengan cara yang dilakukanya dahulu yang mungkin dari segi hukum syarak agak diragukan, bahkan ada yang menyatakan ianya haram. Namun manusia berubah, nizar si bijak dalam hal pemasaran telah berjaya menempah nama di arena yang diceburinya. Nizar mengajak ahmad untuk sama-sama mengusahakan perniagaan itu dan membentangkan pelan perancangan perniagaan.
Bersambung....