Saturday, October 31, 2009

selama-lamanya bersama

Salam,

3 tahun dan 6 bulan untuk segulung Diploma... Jam 3.00 pagi tidur dan jam 6.30 pagi bangun.Setelah menanti selama itu akhirnya tamat satu babak dalam hidup. Menjadi orang yang ke 360 untuk naik menerima penganugerahan Diploma. Sebagai seorang yang mendukung rasa "self-fullfilment" di ikuti kebebasan terhadap individu, dengan rasa puas hatinya ibu jari kanan diangkat ketika pemberian sijil tersebut walaupun untuk sekejap tapi cukup melontarkan rasa puas yang sudah lama terkurung semasa tempoh pengajian..(Video belum dapat). Si pemberi Diploma hanya turut tersenyum bersama melihat reaksi terbabit,selayaknya jika beliau faham mungkin perkara yang sama dilakukan. Terima kasih berkongsi tahun-tahun dibelakang bersama, terima kasih dikurniakan masa bersama, terima kasih untuk setiap waktu kalian,terima kasih atas ilmu dan pengalaman yang dikongsi.Seikhlas kemaafan dipohon dan tiada kemaafan untuk diberi kerana maaf hanya untuk yang bersalah,kalian tidak pernah.

Wasalam.

Friday, October 23, 2009

tiada tajuk

aku rasa nak post pasal cerita2 di kolej...tapi..biasa dengar pendapat tak perlu dikenang ape yang dah terjadi,atas alasan kenangan itu kadangkala boleh menyedihkan.

terpengaruh dengan segala macam cerita-cerita yang kelihatan emosional.

nak post gaya ape pon aku xtahu sekarang ini..

nampak gaya, aku terasa sedih sekarang ni..pasal ape yang menyedihkan aku xtau lah..

mungkin sebab lagu kot.

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa

Peace be upon you...


TERlepas nak tengok Pengistihar Penyimpan Mohor besar Raja2 berucap on national tv.

SELAMAT BERPUASA dan selamat memperbanyakkan amal ibadat.

RAMADHAN AL MUBARAK
berhentilah minum arak
marilah makan MURTABAK..


Bulan-baik,makan-baik,shoping-baik,khabar-baik,Gula habis-kesihatan baik,
anti viral dah dijual dengan harga kurang baik, Demam gua jugak tak baik2...

Monday, August 17, 2009

TER - judi

Berjudi adalah satu etika yang membabitkan pengunaan wang atau ringgit di dalam sesuatu proses untuk mendapatkan sesuatu yang berasaskan keuntungan keewangan.
juga merupakan satu langkah yang berisiko sebagai contoh bermain permainan demi duit, tidak dapat dinafikan judi juga merupakan konsep pengambilan risiko untuk mendapatkan kepuasan dalam keputusan yang baik.

Judi memerlukan "tuah" dan bukan jebat..

kenapa judi?
1.setiap keputusan yang dilakukan tanpa mengambil kira faktor2 yg seharusnya.

2.isi borang untuk masuk IPTA kene pakai duit..kenapa? atas alasan untuk cas pemprosesan.xde duit tabole proses.-aku gelar- judi.macam main nombor kene tengok result kene ke tidak. free sudah.

3.mengambil kursus yang dirasakan kurang relevan dan berisiko tinggi= JUDI

Ini cuma intrepetasi mudah... TER-judi-lah nampaknya?