Friday, May 22, 2009

Mimpi Yang Singgah

tersedak dengan udara malam,mate terpejam dibuka luas menganalisis data yang menerjah ke jaringan2 neuron...kenapa wajah dia muncul kembali di alam mimpiku?mimpi yang xpernah aku terpanggil akan kewujudannya lagi. Kenapa dengan si dia?...

terlancap akalku sebentar memikirkan ape yang pernah dilalui bersama...

Hanya dua gadis yang pernah mengirimkan surat kepada ku.

surat pertama,dikirimkan oleh seorang kawan di zaman sekolah rendah..mengajak ku bercinta,sedang aku berpacaran dengan rakan baiknya..dan rakan aku pula sangatlah menginginkanya..haha

Surat kedua, ia dikirimkan oleh seorang yang pernah menjadi insan yang kusayang amat satu ketika dulu. Di hari keahiran aku yang ke 17, aku di ipoh dan dia di seremban. Tak pernah nye aku dapat kad besday dari kawan mahupun sesiapa dari dulu sampai sekarang... Tiada dalam pengetahuan aku akan kad hari lahir dari dia,tapi dari gaya penulisan, aku pasti tiada si kidal yang bertulisan cantik ingin menulis kepada ku melainkan dia.

Kad penuh dengan love dan wangi ditulis
"Selamat Hari Jadi yang ke-17 Bee"...

Diatas itu ada terlekat sebuah love yang dibuat oleh dia mengginakan RM 10.???? aku tertanyakan kenape dengan note RM10 ini..adakah cinta kami hanya bernilai RM10.kahkahkah...

aKu keluarkan surat dalam envelope itu..tulisan yang menarik yang penuh dengan kata2 menghargai dan harapan tentang hubungan itu.

Kata2 itu ku biarkan sebagai kata2, namun aku amat menghargai surat itu kerana itulah surat cinta pertamaku..Dan juga surat dari orang yang mengenaliku.

Kini, surat yang aku terima adalah dari entiti2 yang meminta duit dari aku.
Mungkin kerana teknologi aku terkadang merindui ape yang dulunya menjadi kegilaan oleh mereka yang sejajar umurnya dengan ibu -bapa ku, untuk memadu kasih dan rindu.

aku bersyukur kerana aku sering meninggalkan "orang" dengan kekuatan yang mereka bina atas kehendak sendiri..

tiada ku pikirkan waima hal cinta kami dahulu, langsung.
bahkan apa2 tentang cinta kerana
pelangi cintaku sudah tidak lagi terlakar..tiada yang berani, sabar, dan menarik untuk melakar,melukis dan mewarnai hati ini.

2 comments:

Mahadewaratna_Sari said...

aku tertarik untuk menconteng komen, dan ini adalah komen aku.

mike-L said...

macam mimpi yang singgah