Saturday, June 27, 2009

menerima

Tuhan Lebih Tahu

apa yang terbaik untuk aku...

Friday, June 26, 2009

Selamat Kembali





ARWAH SANGAT COOL ORANGNYER...semoga dicucuri rahmat.

Thursday, June 25, 2009

let me

damn...that's love..damn...

I could but i shouldn't...
I do but i woudn't...

damn that's love...

i couldn't stay,juz let me fly
i wouldn't let myself hurting you, let me fly
i dont want to cherish this feelings when im with you,let me fly


sorry babe im flying without you,cuz im deeply in love with you...
im sure you didn't realized that it's you all this while making me smile... :(

Tuesday, June 23, 2009

Akur

akhirnya aku akur...

setelah hampir 22 tahun aku tidak mendengar akan keputusan yang diputuskan dari mereka...

kali ini aku akur..akur..akur...

semoge segalanye berjalan lancar seperti seharusnya.

NO TURNING BACK!!! AMINNN

Sunday, June 21, 2009

Cheers dad!

malam hari dikejutkan dengan satu panggilan,sahabat lama,jauh sudah dia merantau. setelah selesai sesi gelak2 aku ngan dia.dia tiba ke satu topik,menanyakan sameade aku ade pergi ke kenduri arwah bapak kawan kami bernama 'X' yang baru meninggal.aku terkujat..kerana xdiberitahu, dengan lajunye kene sound tepek, yang lu pegi tukar nombor laju sangat awat?..alahai..yela aku silap banyak tukar nombor hp..sorry la..

Xpelah bapak die pergi meninggalkan anak yang soleh. yela, kalau dulu dialah yang ade gaya ustad la.. Habis bercakap ngan membe aku tu,aku terus pegi laptop dan buat ape aku pon xtaw. tergerak hati dan automatic tangan aku bergerak dail nombor die, yela ingat nak ucap takziah kat keluarga die..not answered...aku pun text la die dan kenalkan diri aku, mungkin die xangkat sebab ngantok kot.yela da pagi.mungkin baru habes kenduri tahlil kot... fuhh angkat gak kau X..aku pun borak la ngan die mule2 memang dah aku hajatkan untuk ucap takziah...

tapi aku perasaan latar tempat dan nada suara die, jelas die ade kat club skang nih..aku pun xnak la cakap lame2 ngan die kan,kang ganggu lak... so aku pun cakap..ok bro enjoy ur party...HAPPY FATHER'S DAY!!.dan aku terus letak fon...

aku tengok cermin, dan menganggap yang ini sebagai mimpi sahaja..mimpi yang nyata.

Monday, June 15, 2009

Ia hadir...

Berehat lama,masa untuk bertindak tiba. kali ini satu aksi yang tidak tercapai akal telah dilangsungkan. Kerinduan yang aku rindukan telah dirasakan. Suasana segar dengan haruman mewangi itu telah menusuk kedalam hidung aku dan menceroboh kembali si paru-paru. Walaupun kebiasaan tiada,namun yang luar biasa memang tidak menghampakan... Hati kecilku menjadi hakim...Satu campuran asli yang tidak masuk akal dan tidak langsung ada akal,dengan rasa hormat aku selingkan perasa tambahan.

Tiada yang berkehendak untuk memulakanya, mungkin perasaan janggal kepada ketidakbiasaan itu timbul.. tercarut-carut hati, aku menarik nafas dan memulakanya...fuhhh...kerinduan itu sungguh nikmat, rinduku selamat, dengan senyuman yang muncul,adakah ini awangan yang indah? .. Senyuman mula bergelimpangan disekelilingku, sedang aku asyik terbang melayang melayan perasaan yang "tiada nama"...

Terbaring...tersandar setelah terapung-apung...
adakah ia mimpi yang bukan-bukan?gosok mata dan nyata ia bukan bukan-bukan..
ianya nyata,ianya realiti, ia bukan perancangan terancang tapi lahir dari hati yang merindukan. menikus akalku, dan sememangnya tiada kata lain untuk ku ucapkan,cukup sekadar senyuman ketidak sedaran...

Perasaan rindu memang seronok,terutama sekali apabila kita merindukan satu kerinduaan yang sentiasa memenuhi apa yang dirindukan.
Yup..merindukan perasaan kerinduan... :-)

Thursday, June 11, 2009

Sorry Pengantin

minggu kenduri..
Cuti sekolah kali ini memang menyeronokan bagi kebanyak orang,tapi bagi aku inilah cuti yang menyemakkan dan mengkering-kontangkan duit aku.

Personally i would like to apologize to those who invited me to kenduri.sorry i can't entertain any.The biggest reasons is, $$$$(no ka-ching)..

jemputan:
saudara sendiri(abg saudara kawen)
Saudara man(kak long kawen)
saudari lisa(adik kawen)
saudara izman(sendiri kawen)
saudara hamzah(anak kawen)

sorry la...sekadar ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru semoga berbahagia selalu.
takpe sekurang2nya ade wakil yang datang bagi pihak saya.senyum sokmo ok.

Kenduri anda semua jauh2...xtercapai akal aku nak pergi...saya mintak maaf lambat sikit mintak maaf, sebab nak bagi peluang kat kamu semua mengharungi keindahan romantis menjadi suami isteri....haha.

P/s:pelan2 kayuh.tgk ade cctv x!OPPSS..

catatan simple

apa cer gua sekarang?,gua lain?xde la..gua relax lagi...owhh,asal gua xslalu on9?gua malas la nak jawab..asal gua xupdate blog gua ngan blog lg satu? bkn ape,gua xde rase nak tulis lah..blog yang lagi satu,gua cam lost sebentar. lain la kalau lu nak masuk ISA ngan gua.haha.Projek? apa projek, duit sudah kena telan sama kapitalis...mood nak ade amoi pon ilang,mood nak tulis pon tade..mood nak ankat call pun tade..mood nak abeskan bace "Saya pun melayu" pon dah layu..

tibe2 gua perasaan keghairahan hidup gua yang dulu sangat lah berahi..dah xjumpe...keberahian 2 tertinggal kat mane?pada siapa? tersorok kat mane ghairahnye hidup gua...adakah gua hanya ghairah pada maksiat,atau pada yang tersirat...

aduh,ghairahkanla..berahikanla...
jangan EL-NINo kan hidup gua.
jangan tsunamikan berahi akal gua.

p/s:woi,lu orang jangan la open burning..gersang dah nih..mane gua nak buat pembenihan awan kat hidup gua nih?

Saturday, June 6, 2009

Ini untuk Itu

Penceritaan perjalanan itu ada disini,ada pada lagu ini.Terasa amat panjang untuk dituliskan.

Di Jalan Sesat-M. Nasir
.
Apakah takdir mimpi ini
Mendatang berulang kali
Berdarah penuh di tanah
Sedang tangan menungkat langit
.
Apakah yang ku perjuangkan
Apakah yang dipertahan
Apakah aku mesti jadi pahlawan
.
Oh Tuhan
Tidaklah aku layak
Untuk SyurgaMu
Namun aku tak berdaya
Menahan panas NerakaMu
.
Curiga di mata orang
Bagai mentari rembang
Bagaikan aku berdosa
Pada siapa saja
.
Sedang Tuhan di mana-mana
Melihat semua dosa
Dalam serata usia
.
Walau ditelan Segitiga Bermuda
Selalu ku mengulangi
Dosa yang telah ku buang
Diikuti kembali
.
Mengapa begini
Mengapa begini
.
Sedang Tuhan tahu sesiapa
Untuk Neraka untuk Syurga
Aku tak terpaksa memilih Syurga
Demi pengertian pada hukum alam
Dan sesungguhnya aku cinta padaMu Tuhan
Walaupun sesat jalan.

Kepada Thinkaholic

Saudara thinkaholic,

Tulisan adalah inspirasi dari lakaran sebuah lukisan tentang kehidupan.

Teruskan menulis untuk kepuasan.

Salam

Friday, June 5, 2009

Satu...1...One

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Kemampuan dalam membuat keputusan yang terbaik dalam hampir apa sahaja yang datang dalam perjalanan hidup ini..

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah tidak dilupakan.

Kehidupan yang sempurna bukan semata-mata melupakan kegagalan, kekecewaan dan kepahitan masa silam.

Kelahiran tiba setelah perginya kematian...
Bayi kecil itu menangis semasa dilahirkan, namun tangisan itu disambut dengan senyuman oleh insan2 yang berada disekelilingnya.

Menghidupkan sebuah kehidupan sementara, untuk sebuah kehidupan yang kekal selamanya.
ada suara berbicara."teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti.anda akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula akan menangis."

Namun aku mengharapkan sekiranya tiba masa aku...

simpankanlah air mata mu,hulurkan senyuman indah itu di pusara aku.
supaya air mata itu turun tatkala tangisan bayi kecil itu kedengaran.

Aku lahir kerana tuhan ku,aku hidup kerana tuhan ku,aku mati kerana tuhan ku.
bersyukurlah atas setiap pemergian dengan hati yang rela.