Sunday, February 28, 2010

It Ends Here.

Penangan kopi kacang hazel, bandar Lama.
Buatkan aku rasa nak tulis..dan kali ini lebih peribadi seperti sebelum2 ini.Kerana aku sudah jumpa tempat menulis secara akademik,secara menggila xmasuk akal dan ini biar jadi seperti ini. "mari potong pada pengejaran"..minggu kebelakangan ni, kenangan lama di kolej buat aku rasa nak tulis ni.lama xtulis panjang disini.

1st: Gua rindu to converse in english
lama dah tak bangun lambat dan pergi kelas dengan mata rabak,lepas tu terus buat presentation secara spontan .kehilangan rentak nak bercakap dah sekarang,sebabnya ialah dah lama aku tak melalut dengan kawan-kawan semasa role-play,presentation dalam kelas.. dan sangat cool gila bila hampir setiap bulan ade role-play/presentation,terasa macam makan nasi la pulak. sentiasa aku ingat dan long live DIPLOMA in English for Communication.

2nd: Gua ditagged pada gamba yang gua xpernah tengok..
Aku ingatkan tiada kenangan ketika lepak bersama geng barisan pelajar bersatu.sekali boleh kena tag lah pulak dekat gamba yang aku sendiri tak pernah tengok.kredit untuk mereka semua,walaupun dengan permainan yang diberi,mereka kekal dengan kekuatan memperjuangkan prinsip.lumrah hidup,tiada pejuangan yang mudah,demi hak yang tidak akan diberi tetapi harus dimilliki,sekalung ucapan terbaekk kerana tidak sesat walaupun tak dapat ape.Teringat waktu aku sengaja membuat kontroversi yang bagi aku adalah untuk membangkitkan semangat ramai tapi keberanian meminta lebih banyak dari turut bersatu untuk berjuang. Kalau dalam institusi kecik pun susah macam mana pulak kat dunia luar kan..hmm. Tapi mereka semua cool...

3rd: Gua
Jauh lebih relaks gua amek exam kat sane...jauh,sangat jauh..berambut tocang ketika buat asimen.itu memang rare image..tiba-tiba tak tau nak cakap pasal ape.yeahh zaman berger-memberger..prank-dan di prank.itu semua sangat lama tapi masih baru di ingatan.Gua mintak sorry semua..

4th:
gua tukar nama blog ini minggu dalam dua minggu lagi.lepas itu ini jadi blog peribadi.apabila bermula sebuah cerita maka berakhirlah cerita yang lampau.Mungkin cerita tentang kenangan akan ku tulis di dinding ini.

penulisan entri ini adalah untuk mereleasekan segala yang lama supaya satu hari nanti aku dapat lihat kembali tentang ingatan lama aku disana bersama mereka. Dan aku harus menyedut udara baru,

blog ini sudah tua

Friday, February 19, 2010

The Recessive Tiger

Selamat Tahun Baru Harimau

May The Year of the Tiger bring prosperity and success to all of us.

Some may still busy singing lullaby in lala land,others are preparing themself in a war to acheived their targeted goal. For some reasons i see the year of a tiger is a year that is full with aggresiveness,not agitation and hesitation. A year that needed one's to be very attacking thus weakening those prey..

A predator year, One's should accept the fact either to be a predator or prey. if prey is the route they took,pray a lot... As the king of the jungle, being protective and brave will ensure it's survival as the brave and the dominant,nonetheless this does not tells us not to be wise in every move we made.

A challenging years for us to ROOAARRR for,let there be no cage to tame the eagerly anticipate tiger towards its success. Let's search for success as the tiger is HUNTING for its prey's.

let there be mind as sharp as the eyes of the tiger
let there be character as brave as the tiger glance walking towards its prey
let the tiger roarrr and strucks the entire jungle
as the teeth of a tiger will never rust so do our knowledge

with respects,
i rest my case.

Saturday, February 6, 2010

Mungkin atau tak mungkin?

Disebuah kelas di atas sebidang tanah ..ini tiada kaitan dengan sesiapan mahupun apa-apa.Setakat yang diketahui ini masih lagi cerita bohong tentang kemungkinan semata-mata.

Tanya cikgu kepada anak-anak muridnya...

cikgu:Bulan ini bulan apa murid-murid?

murid1: bulan ini bulan februari cikgu.

cikgu: februari negara kita akan menyambut ape murid2?

murid2: februari kita akan menyambut Tahun Baru Cina cikgu..

cikgu: Bagus.pandai betul murid 2.waktu inilah semua akhbar dan television akan menayangkan tentang sambutan tahun baru cina dan sebagai semangat ke1-an negara, kita turut meraikanya,untuk meNAIKan nama sekolah, kita akan merancang satu perayaan besar-besaran..kita akan masuk tv dan surat khabar tau.

murid4: Cikgu Tipu!

cikgu: Kenapa murid 4 cakap cikgu tipu?

murid 4: Semalam saya tengok surat khabar xcakap macam tu pun..Bulan ini bulan "SODOMY bermula".Bukan tahun baru cina,bukan ke kita tak boleh memfokuskan kepada satu-satu kaum cikgu? Sekarang ni semua orang cakap pasal sodomy bukan tahun baru cina.

murid 5: Cikgu macam mana kita nak sambut Raya SODOMY ni cikgu? Kenapa kita kena sambut cikgu?

murid 4: Saya dengar kena pakai tuala dan tutup langsir?

murid 6: Apalah awak ni.sodomy tu adalah untuk melawan rasa takut dengan mengatakan tidak sambil menurut perintah.

Murid 7: CIKGU SAYA NAK raya SODOMY DENGAN CIKGU dan kawan-kawan? kawan-kawan nak tak kita sambut sodomy sama-sama?

murid2: nakkkk...mesti best,lepas nih boleh la sekolah kita masuk surat khabar dan tv sebab kita sambut bulan sodomy beramai-ramai.Guru besar mesti berbangga,dia mesti dapat naik pangkat. JOM SODOMY!!!

AMARAN: Politik umpama dadah, tapi jangan menyebabkan anak-anak kecil terlibat dalam penjuburan minda secara besar-besaran ini. Beretika lah ketika berbahasa,jangan salahkan mereka jika negara ini rosak satu hari nanti.

Pohon maaf kepada pembaca.
Demi masa depan,saya berkemungkinan.

Thursday, February 4, 2010

Kisah Klasik

Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak yang berada di dalam poket anak muda,disedut dan dihembus asap itu sambil matanya melihat ke cahaya halus dari langit,tanpa mengetahui petala keberapakah kedudukan sebenar cahaya itu.

Anak muda bersama teman-teman sedang bergembira tanpa mempedulikan keadaan sekitarnya demi meraikan pesta keremajaan, sayuthia, terdengar muzik irama popular ketika itu, menusuk ke laut minda lagu(butterfingers-tentang).

Melantun hati tercabar dengan kata-kata itu,anak muda itu kemudian memulakan langkah nya untuk menyanggah apa yang dirasanya tidak sehaluan dengan mencabar dirinya untuk membuktikan ketidak sahihan apa yang didengarinya

Bermula lah dia ke kota bijih dengan mencari udara baru.(bersambung)

"Kehidupan remaja yang penuh pencarian pembebasan,entah dari apa dan jenis apa tiada ketahuan."

Monday, February 1, 2010

kebas jiwa

sesungguhnya bintang di malam ini sedang mengajak ku menari

(hahaha)

bullan sinarilah malam ku ini dan temanilah aku bersama bintang
bintang2 kerdiplah temani aku saat aku lena di padang langit
bintang jangan pergi ketika aku sedang beradu,selimutkan aku dengan langit yang mesra

(ok bintang jangan pergi demi si koq ni)

Jangan pergi tika sedih menghampiri,
harus aku tersenyum dan tenang menikmati cahaya itu,
bintang telah kau sinari cahaya mu seribu tahun sebelum aku berkongsi cahaya itu
cahaya lama mu ku himpun menjadi udara baru hidup ini.
akan ku pelajari kisah itu.
telah ku titiskan air mata syukur.

Ini kisah bintang aku yang belum siap.kau punya bintang?(monolog)

mike-L pening didande malas layan.

carutan: terima kasih melayan kesintokan minda.

AMARAN POYO PENULIS BLOG: Jangan tertekan ketika belajar kerana ini adalah contoh satu effectnya.Gua sebenarnye bosan tak tahu nak buat ape.