Showing posts with label aku untuk semua. Show all posts
Showing posts with label aku untuk semua. Show all posts

Saturday, February 6, 2010

Mungkin atau tak mungkin?

Disebuah kelas di atas sebidang tanah ..ini tiada kaitan dengan sesiapan mahupun apa-apa.Setakat yang diketahui ini masih lagi cerita bohong tentang kemungkinan semata-mata.

Tanya cikgu kepada anak-anak muridnya...

cikgu:Bulan ini bulan apa murid-murid?

murid1: bulan ini bulan februari cikgu.

cikgu: februari negara kita akan menyambut ape murid2?

murid2: februari kita akan menyambut Tahun Baru Cina cikgu..

cikgu: Bagus.pandai betul murid 2.waktu inilah semua akhbar dan television akan menayangkan tentang sambutan tahun baru cina dan sebagai semangat ke1-an negara, kita turut meraikanya,untuk meNAIKan nama sekolah, kita akan merancang satu perayaan besar-besaran..kita akan masuk tv dan surat khabar tau.

murid4: Cikgu Tipu!

cikgu: Kenapa murid 4 cakap cikgu tipu?

murid 4: Semalam saya tengok surat khabar xcakap macam tu pun..Bulan ini bulan "SODOMY bermula".Bukan tahun baru cina,bukan ke kita tak boleh memfokuskan kepada satu-satu kaum cikgu? Sekarang ni semua orang cakap pasal sodomy bukan tahun baru cina.

murid 5: Cikgu macam mana kita nak sambut Raya SODOMY ni cikgu? Kenapa kita kena sambut cikgu?

murid 4: Saya dengar kena pakai tuala dan tutup langsir?

murid 6: Apalah awak ni.sodomy tu adalah untuk melawan rasa takut dengan mengatakan tidak sambil menurut perintah.

Murid 7: CIKGU SAYA NAK raya SODOMY DENGAN CIKGU dan kawan-kawan? kawan-kawan nak tak kita sambut sodomy sama-sama?

murid2: nakkkk...mesti best,lepas nih boleh la sekolah kita masuk surat khabar dan tv sebab kita sambut bulan sodomy beramai-ramai.Guru besar mesti berbangga,dia mesti dapat naik pangkat. JOM SODOMY!!!

AMARAN: Politik umpama dadah, tapi jangan menyebabkan anak-anak kecil terlibat dalam penjuburan minda secara besar-besaran ini. Beretika lah ketika berbahasa,jangan salahkan mereka jika negara ini rosak satu hari nanti.

Pohon maaf kepada pembaca.
Demi masa depan,saya berkemungkinan.

Saturday, December 19, 2009

AKu

AKu

Aku hanya menulis,
Dan melalui setiap baris kata terwujudlah sebuah lukisan perihal kehidupan...
antara yang hak dan yang batil,antara keinginan dan kehendak.

Aku yang melukis,
Setiap garis-garis itu disambungkan lantas aku warnakan...
antara yang bengkok atau yang lurus,antara yang abstrak dan yang berwajah.

Aku yang mewarnakan,
Untuk mencantikkan sebuah lukisan sebagai perhiasan berharga...
antara yang terang dan yang malap,antara yang sesuai dan perlu disesuaikan.

Aku yang menghiasi,
Samada dikiri atau dikanan,ke atas atau kebawah...
antara yang menarik dan yang menjengkelkan.

Aku yang menentukan! Aku!,
Tiada sesiapa yang bisa selain diriku
Tiada sesiapa yang mengubah apa yang telah aku TULIS,LUKIS,WARNA dan HIASKAN selain aku, dengan kehendak dan izin dari-NYA.

mike-L