Saturday, February 14, 2009

Kata si Tua

di utara tanah air

seorang tua bersabda
wahai anaknda,
si"dara" umpama api yang membara,
cantik warnanya,memanaskan suasana bayu malam,
kau mungkin terpesona,ianya tidak mengapa
sudah lumrah manusia...
wajah si dara mmg jelita,tapi usah kau mudah terpedaya,
usah kau mudah terluka,sekiranya dia bukan kau yang punya.
kau xkan memilikinya,biarkan burung itu terbang keluar dari sangkar emas mu.
kerana sangkar emas mu itu pasti ada yang akan hinggap...
kamu hanya perlu menunggu...

lalu aku berlalu tanpa mempedulikan kata2 si tua...
tidak berapa lama kemudian ku dapati beliau sudah kembali bertemu tuhan yang menciptanya