Saturday, January 30, 2010

Thursday, January 14, 2010

Tunjuk sebab

Assalamualaikum

Ada beberapa perkara yang ingin saya bicarakan perihal aktivitas yang sedang saya lakukan.Syukur kehadrat illahi kerana telah dikurniakan peluang sekali lagi untuk menyambung pelajaran,untuk makluman saya kini berada di semester 1 tahun 1 di UUM. Ada yang bertanyakan kenapa saya tidak memberitahu tentang perkara ini.
Alasan pertama:
Adalah merupakan norma masyarakat pada zaman ini untuk melanjutkan pelajaran di Universiti
Alasan kedua:
Bagi mengelakkan daripada dikatakan oleh sesetengah manusia yang mengatakan saya poyo dan belagak.
Alasan ketiga:
Umum sedia maklum dengan kadar penganguran pelajar IPTA yang semakin meningkat di negara ini.

Huraian lanjut tentang perkara diatas tidak perlu dipersoal kerana saya yang menulisnya.kahkahkah.

Alasan masuk:belajar
Sambung belajar
Alasan masuk:
Jauh dan seorang diri

antara BAHAN2 yang diterima:
belajar dalam hutan kalau bosan pergi main dengan berok.
tempat kau ada zirafah tak? mesti best bangun2 nampak zirafah
hang belajar ka jadi bapak ayam kat danok
kau on9 pakai berokbeng ker,mesti signal okay kan sebab berok banyak kat sane.
kem salam kat abishit@abisit
-yang lain-lain terpaksa disimpan di arkib minda atas alasan tertentu.
-mungkin agak kurang untuk meletakan entri2 selepas ini kerana banyak perkara yang harus diuruskan

harapan
Agar terus berusaha dan tidak leka.Berharap agar dipermudahkan segala urusan dan memohon kejayaan dari Tuhan Yang Maha Esa.

wasalam

Saturday, December 19, 2009

AKu

AKu

Aku hanya menulis,
Dan melalui setiap baris kata terwujudlah sebuah lukisan perihal kehidupan...
antara yang hak dan yang batil,antara keinginan dan kehendak.

Aku yang melukis,
Setiap garis-garis itu disambungkan lantas aku warnakan...
antara yang bengkok atau yang lurus,antara yang abstrak dan yang berwajah.

Aku yang mewarnakan,
Untuk mencantikkan sebuah lukisan sebagai perhiasan berharga...
antara yang terang dan yang malap,antara yang sesuai dan perlu disesuaikan.

Aku yang menghiasi,
Samada dikiri atau dikanan,ke atas atau kebawah...
antara yang menarik dan yang menjengkelkan.

Aku yang menentukan! Aku!,
Tiada sesiapa yang bisa selain diriku
Tiada sesiapa yang mengubah apa yang telah aku TULIS,LUKIS,WARNA dan HIASKAN selain aku, dengan kehendak dan izin dari-NYA.

mike-L

Saturday, October 31, 2009

selama-lamanya bersama

Salam,

3 tahun dan 6 bulan untuk segulung Diploma... Jam 3.00 pagi tidur dan jam 6.30 pagi bangun.Setelah menanti selama itu akhirnya tamat satu babak dalam hidup. Menjadi orang yang ke 360 untuk naik menerima penganugerahan Diploma. Sebagai seorang yang mendukung rasa "self-fullfilment" di ikuti kebebasan terhadap individu, dengan rasa puas hatinya ibu jari kanan diangkat ketika pemberian sijil tersebut walaupun untuk sekejap tapi cukup melontarkan rasa puas yang sudah lama terkurung semasa tempoh pengajian..(Video belum dapat). Si pemberi Diploma hanya turut tersenyum bersama melihat reaksi terbabit,selayaknya jika beliau faham mungkin perkara yang sama dilakukan. Terima kasih berkongsi tahun-tahun dibelakang bersama, terima kasih dikurniakan masa bersama, terima kasih untuk setiap waktu kalian,terima kasih atas ilmu dan pengalaman yang dikongsi.Seikhlas kemaafan dipohon dan tiada kemaafan untuk diberi kerana maaf hanya untuk yang bersalah,kalian tidak pernah.

Wasalam.